Program Advokasi di SMK Segambut, KL
8 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 07 Ogos 2019 yang lalu, Pusat Internet Wilayah Tengah telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan pameran Kelab ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur bersempena dengan Karnival Keusahawanan yang dianjurkan di sekolah tersebut. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi dan berjaya menarik hampir 300 orang pelajar dan guru-guru SMK Segambut.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan fungsi-fungsi pusat internet dan juga kempen-kempen kesedaran dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada para pelajar dan guru-guru SMK Segambut, KL. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah kuiz advokasi, puzzle, typing race, pameran mesin pencetak 3D, dan juga pengumpulan barang-barang e-sisa mudah alih. Diselitkan juga kuiz kemerdekaan bersempena dengan bulan kemerdekaan tahun 2019.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: